Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kira-kira 30 cedera selepas belon berisi gas meletup
Diterbitkan:  Oct 21, 2016 4:32 PM
Dikemaskini: 8:35 AM

Kira-kira 30 orang termasuk kanak-kanak dan dewasa cedera selepas belon berisi gas dipercayai meletup pada
pukul 11.30 pagi di Dataran Batu Burok di Kuala Terengganu.

Letupan belon gas tersebut dikatakan berlaku akibat tindakan seorang petugas program 'Walk For The Blind' yang cuba membuka ikatan belon yang terbelit dengan menggunakan pemetik api.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar berkata kebanyakan mangsa cedera di muka, tangan serta kepala.

"Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk menerima rawatan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya polis telah menerima laporan kejadian dan masih menjalankan siasatan mengenai punca sebenar kejadian.

"Kejadian tersebut berlaku sewaktu program sempena Hari Penglihatan Sedunia yang dianjurkan Jabatan Kesihatan Terengganu... kita masih menyiasat punca kejadian," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS