Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Adakah bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang selamat'
Diterbitkan:  Oct 24, 2016 3:57 PM
Dikemaskini: 8:01 AM

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ekoran insiden batu bata jatuh dan keretakan dinding yang boleh membahayakan mereka yang berada dalam premis tersebut.

Menjelaskan sebab membangkitkan isu berkenaan, ADUN Seri Delima RSN Rayer yang juga peguam berkata, beliau bimbang dengan keselamatan para hakim, peguam dan orang awam yang datang ke mahkamah berkenaan.

"Adakah bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang selamat?" soal Rayer dalam kenyataan.

"Setelah agak lama, sebenarnya selama hampir setahun, satu bahagian tangga dalam bangunan mahkamah tersebut telah ditutup kerana terdapat insiden batu bata jatuh dari siling.

"Di beberapa bahagian lain dalam bangunan itu, terdapat keretakan yang besar terjadi pada siling konkrit," keluh beliau.

"Bumbung papan lapis di bilik Mahkamah Tinggi juga hampir-hampir jatuh dari siling, menimbulkan bahaya kepada mereka berjalan di bawahnya," ujarnya.

Jelasnya, beliau juga sedar bahawa salah satu tempat letak kereta untuk para hakim Mahkamah Tinggi telah ditutup untuk kerja-kerja pembaikian siling di kawasan itu.

Rayer juga mendakwa, alat pemadam api di bangunan itu telah hilang dan bagaimana jika berlaku kebakaran di dalam bangunan semasa prosiding mahkamah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS