Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Menteri pendidikan setuju mansuh UPSR tahun depan tapi...
Diterbitkan:  Oct 27, 2016 12:35 PM
Dikemaskini: 4:39 AM

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata beliau secara peribadi bersetuju untuk memansuhkan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula tahun hadapan.

Bagaimanapun, katanya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih memerlukan maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan dahulu sebelum membuat keputusan muktamad.

“Oleh itu, saya cadang KPM untuk berjumpa dengan semua pihak seperti ibu-bapa, kesatuan dan semua pihak yang terlibat sebelum membuat keputusan muktamad.

“Kajian ini sekarang di peringkat akhir.

“Saya juga telah membaca respon rakan-rakan di media sosial yang terdiri daripada guru, ibu-bapa dan tokoh-tokoh pendidikan,” katanya.

Menulis di Facebook beliau tengah hari ini, Mahdzir berkata ketika ini tumpuan keputusan akademik yang cemerlang menjadi fokus pencapaian sekolah.

Katanya, tumpuan cuma diberikan pada jumlah pelajar mendapat keputusan 5A dan 6A sahaja.
“Oleh itu, kini kita nak melihat pencapaian sebenar para pelajar.

“Keputusan peperiksaan hendaklah tidak menjadi indikator utama pencapaian murid tetapi merangkumi aspek lain,” katanya.

Sebagai contoh, kata Mahdzir lagi, contoh peperiksaan UPSR hanya ditetapkan mewakili 50 peratus sahaja dan selebihnya penilaian aktiviti sukan, sahsiah, kehadiran, disiplin dan kokurikulum.

“Inilah yang saya cadangkan semalam iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah seperti format/modul PT3.

“Bagi saya tujuannya ialah agar anak-anak murid kita tidak terlalu tertekan untuk mencapai pencapaian yang berteraskan peperiksaan semata-mata,” katanya.

Lihat Komen
ADS