Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas pegawai bank BSI temankan Jho Low ke Las Vegas
Diterbitkan:  Nov 2, 2016 1:17 PM
Dikemaskini: 5:21 AM

Bekas pegawai bank BSI, Yeo Jiawei meneman ahli perniagaan kelahiran Malaysia, Jho Low menaiki jet peribadi dalam lawatan kerja, Mahkamah Singapura dimaklumkan.

Menurut Straits Times, bekas penyelia Yeo Kevin Swampillai mendedahkan Yeo menghadiri perlawanan tinju di Las Vegas dengan Low tahun lepas dengan bekas pegawai bank itu dikatakan ber'selfie' bersama bekas juara heavyweight Mike Tyson.

Swampillai yang merupakan warganegara Malaysia memperinci hubungan kerja yang erat antara Yeo dan Low.

Ketika memberi keterangan pada hari kedua perbicaraan berkaitan 1MDB, beliau berkata Yeo, 33, meninggalkan BSI Bank pada tahun 2014 selepas Low menyatakan 'berminat dalam mengambilnya atas keupayaan tertentu'.

Tambah beliau, Yeo yang merupakan rakyat Singapura menganggap ia sebagai peluang yang lebih baik oleh kerana Low 'sentiasa menjadi bahan berita, mempunyai status yang seakan-akan selebriti...dan terlibat dalam urusniaga pelaburan besar di seluruh dunia'.

Pihak pendakwa menimbulkan aspek hubungan erat antara Yeo dan Low sebagai salah satu sebab Yeo cuba untuk memesong keadilan dalam empat pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau.

Tujuh tuduhan lain melibatkan penipuan, pengubahan wang haram dan pemalsuan telah ditetapkan untuk perbicaraan pada tahun depan.

Bekas perancang kewangan BSI itu dituduh mempermudahkan urus niaga haram melibatkan 1MDB yang menjurus kepada penutupan BSI Bank di Singapura.

Sementara itu, Swampillai turut menambah, pendekatan yang diambil untuk menyembunyikan AS$5 juta (S$6.9 juta) dalam bentuk yuran rujukan yang diterima daripada 'melaksanakan pelbagai struktur' dan 'menjalankan urusniaga kewangan' bagi pihak pelanggan BSI.

Ujarnya lagi, idea untuk mendapatkan komisen itu muncul ketika kedua-dua mereka berada dalam perjalanan ke Labuan pada tahun 2012.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS