Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Majlis Peguam akui terima AS$15,000 dari OSF

Majlis Peguam mengakui bahawa ia telah menerima sejumlah AS$53,757.12 (US$15,000) daripada Open Society Foundation (OSF) sebagai geran untuk menjalankan kajian penyelidikan mengenai pekerja migran di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pelarian dan Imigresen, majlis tersebut, Datuk Seri M. Ramachelvan berkata pembiayaan itu diterima daripada OSF pada 7 Januari 2015.

"Wang yang diterima digunakan secara eksklusif untuk bayaran penyelidik bagi kajian penyelidikan, kos transkripsi dan kajian semula, kos perundingan dengan pemegang berkepentingan dan perbelanjaan luar jangkaan.

"Geran itu tidak diguna pakai sama sekali untuk membiayai perbelanjaan operasi dan urusan tadbir Majlis Peguam Malaysia," katanya semalam ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa majlis itu telah menerima bantuan kewangan daripada OSF.

Beliau menjelaskan bahawa majlis itu menerusi jawatankuasa tersebut sedang menjalankan satu kajian penyelidikan mengenai akses kepada keadilan untuk pekerja asing di Malaysia.

"Kajian itu antara lain untuk mengenal pasti kaedah perundangan yang sedia ada untuk pekerja asing, jurang untuk pekerja asing mendapatkan akses kepada sistem undang-undang, mahkamah perindustrian, tribunal pentadbiran serta amalan baik untuk pekerja asing mengakses kepada keadilan di Malaysia," katanya.

- Bernama
 

Lihat Komen
ADS