Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Tindakan penguatkuasaan ke atas Ambank berhubung kes 1MDB’
Diterbitkan:  Nov 7, 2016 9:56 PM
Dikemaskini: 1:59 PM

Bank Negara Malaysia telah mengambil tindakan ke atas kakitangan Ambank Cheah Tek Kuang dan Joanna Yu berhubung kes berkaitan 1MDB, kata Kementerian Kewangan.

Walau bagaimanapun, kerajaan tidak menyatakan jenis tindakan yang diambil dalam jawapan parlimen bertulis kepada Tony Pua (DAP-Petaling Jaya).

"Bank Negara telah menjalankan siasatan menurut kuasa-kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Anti Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 terhadap institusi kewangan terbabit di dalam kes berhubung 1MDB.

“Berdasarkan hasil siasatan, tindakan penguatkuasaan sewajarnya telah diambil dalam lingkungan bidang kuasa bidang kuasa yang diperuntukkan kepada Bank Negara.

"Bank Negara juga diberikan kuasa untuk berkongsi maklumat dengan mana-mana agensi penguatkuasaan dan memberi kerjasama penuh kepada siasatan yang dijalankan oleh agensi tersebut,” petik jawapan yang diberikan.

Pua meminta menteri kewangan menyatakan tindakan yang telah diambil terhadap Yu dan Cheah yang membantu ‘cover up’ transaksi penghantaran wang haram dalam Ambank.

Bank pusat itu pada April lalu mendenda 1MDB jumlah yang tidak didedahkan atas kegagalan untuk mematuhi arahan berhubung pindaan dana.

Menurut Bank Negara, bukan dasar bank pusat itu untuk mendedahkan jumlah denda berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS