Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
IGP mahu Zaid jelaskan tweet ‘PM crooked, AG crooked’
Diterbitkan:  Nov 11, 2016 3:19 PM
Dikemaskini: 7:34 AM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan supaya bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dattuk Zaid Ibrahim disiasat bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut berhubung tweet beliau.

Dalam satu tweet, beliau yang kini di luar negara untuk sebuah persidangan antarabangsa berkata, tweet Zaid itu menghasut dan mengelirukan.

“PCIRC @PDRMsia panggil tweet handler ini utk penjelasan statement nya yg menghasut dan mengelirukan ini.”

Sebelum ini, Zaid menulis tweet: "Nampaknya jika kamu seorang PM yang ‘crooked’, apa yang perlu kamu lakukan adalah melantik seorang AG yang ‘crooked’ dan mahkamah tidak akan campur tangan."

Ini susulan tindakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonannya untuk mendapatkan kebenaran mencabar keputusan Jabatan Peguam Negara untuk tidak mengenakan pertuduhan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sambil memutuskan mahkamah tidak dapat campur tangan, Hakim Datuk Hanipah Farikullah berkata Zaid selaku plaintif harus mencari jalan lain.

Walau bagaimanapun, Zaid yang jelas kecewa mengulangi kata-kata yang sama terkandung dalam tweet beliau kepada pemberita.

Kerajaan dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menafikan tuduhan cuba menutup kes 1MDB dan ‘derma’ RM2.6 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga menafikan menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS