Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Video dedah bagaimana hidung Jamal berdarah
Diterbitkan:  Nov 14, 2016 8:05 PM
Dikemaskini: 12:08 PM

Darah meleleh dari hidung pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos selepas kumpulannya cuba mendekati penyokong PKR di pusat beli-belah Ampang Point di Kuala Lumpur semalam.

Berlaku pergelutan selepas beliau disekat oleh polis.

Dalam keadaan tegang itu, beliau kedengaran menjerit “polis tumbuk saya” berkali-kali.
Selepas itu, beliau memberitahu pemberita bahawa diserang oleh “budak” anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, walaupun laporan polisnya hanya menyebut seseorang yang memakai kemeja T BERSIH.

Lebih mengelirukan, Jamal hari ini berkata kata-katanya semalam bermaksud beliau meminta laluan untuk mengejar pihak yang telah menumbuknya dari arah belakang.

Bagaimanapun, semakan terhadap rakaman KiniTV, menunjukkan bagaimana pertembungan fizikal berlaku di muka Jamal ketika pergelutan semalam.

Kesannya juga dilihat agak kuat sehingga kaca matanya terangkat selepas kejadian.

Pembaca boleh melayani video di bawah ini untuk menilai sendiri keadaan sebenar.

Lihat Komen
ADS