Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menjelang minggu terakhir sidang Parlimen bagi tahun ini, PAS yakin usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) akan dibentang pada Rabu atau Khamis ini.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, beliau yakin usul pindaan Akta 355 itu akan dibentang memandangkan masih terdapat dua hari lagi sebelum sidang parlimen berakhir.

"Insha Allah. Hari ini dan esok kerajaan kena habiskan belanjawan. Kita ada Rabu dan Khamis lagi. Kita yakin.

"Tunggu dan lihat. Saya yakin 500 peratus. Insha Allah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di perkarangan Dewan Rakyat hari ini.

Usul rang undang-undang Akta 355 dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui peruntukan rang undang-undang persendirian yang perlu dicadangkan oleh menteri untuk dibahaskan sebelum speaker membuat ketetapan mengenainya.

Usul Abdul Hadi itu diletakkan pada nombor empat peraturan mesyuarat pada hari pertama sidang Dewan Rakyat kali ini namun tidak sempat dibentang atau dibahaskan.

Ia kemudian berada pada kedudukan lebih ke bawah pada hari kedua sehinggalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017 pada 21 Oktober lalu.

Lihat Komen
ADS