Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Maria ada kaitan dengan CIA - ketua penerangan Umno
Diterbitkan:  Nov 23, 2016 11:14 AM
Dikemaskini: 8:10 AM

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa mendakwa bahawa Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah mempunyai kaitan dengan biro perisikan Amerika Syarikat, Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Katanya, Maria, bersama dengan arwah suaminya Yunus Lebai Ali, ada kaitan dengan CIA melalui menerusi kerja-kerjanya dalam beberapa NGO pada 1980-an, seperti National Institute for Electoral Integrity (NIEI).

Menurut laman web NIEI, institut itu mula beroperasi pada tahun 1999 tetapi hanya secara sah didaftarkan pada tahun 2007.

Menurut Annuar, NIEI ditaja oleh Asia Foundation, di bawah National Citizens' Movement for Free Electons (NAMFREL) dan Asian Network for Free and Fair Elections (ANFREL).

Katanya, bekas pegawai CIA, Philip Agee sebelum itu, telah mendedahkan bahawa NAMFREL dan ANFREL adalah 'alat CIA'.

"Ternyata beliau bukan orang biasa tapi merupakan seorang yang punyai latar belakang yang perlu di teliti lebih lanjut," kata Annuar dalam Facebook malam tadi.

Beliau juga mendakwa bahawa modus operandi CIA telah diambil alih oleh sebuah badan baru yang dinamakan National Endowment for Democracy (NED).

Menurut laman web mereka, NAMFREL, yang berpangkalan di Filipina, adalah perintis dalam pemantauan pilihan raya manakala ANFREL berfungsi sebagai pemerhatian pilihan raya, pembinaan keupayaan dan kempen dan advokasi untuk mempromosi institusi demokrasi.

Malaysiakini telah menghubungi NAMFREL dan ANFREL untuk mendapatkan komen.

Annuar juga menegaskan bahawa Maria telah terlibat dalam NGO hak asasi manusia dan NGO feminis yang pro-LGBT, seperti Women Development Collective (WDC), Empower dan Sisters in Islam (SIS).

Maria ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Akta Jumaat lalu, sehari sebelum perhimpunan BERSIH5, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan berhubung dakwaan terlibat dalam "aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen".

Ini selepas didedahkan bahawa badan pemantau pilihan raya itu menerima dana daripada Open Society Foundations yang ada kaitan dengan George Soros.

[Baca berita penuh]
 

Lihat Komen
ADS