Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ambiga cabar Umno jadikan dakwaan Maria 'CIA' sebagai afidavit
Diterbitkan:  Nov 23, 2016 3:24 PM
Dikemaskini: 8:02 AM

Bekas pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa mengenai penggantinya, Maria Chin Abdullah yang kini ditahan pihak berkuasa.

Ambiga menyifatkan dakwaan Annuar terhadap pengerusi BERSIH itu sebagai keterlaluan dan tidak bertanggungjawab.

"Saya cabar beliau buat afidavit atas dakwaan itu supaya kita boleh menyoal balas. Beliau juga tahu terdapat prosiding mahkamah yang dijalankan berkaitan pembebasan Maria dari tahanan.

"Tuduhan yang serius dan tidak berasas ini boleh dilihat sebagai campur tangan dalam prosiding itu," katanya kepada Malaysiakini.

Annuar mendakwa Maria yang kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) minggu lepas mempunyai kaitan dengan Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA).

Beliau mendakwa Maria bersama-sama dengan arwah suaminya Yunus Lebai Ali mempunyai kaitan dengan CIA menerusi kerja-kerja beliau dalam beberapa NGO sekitar tahun 1980-an seperti Institut Kebangsaan Integriti Pilihan Raya.

Sementara itu, Ambiga yang juga bekas presiden Majlis Peguam berkata, Annuar akan dipertanggungjawabkan atas kenyataan beliau.

"Kita pastinya akan bertindak atas kebertanggungjawaban Annuar atas kenyataannya, sama ada melalui saman fitnah atau proses lain.

"Jelas sekali, beliau tahu tiada asas di atas penahanan Maria dan menjadi sia-sia cuba menggunakan dakwaan tidak munasabah terhadap Maria yang tidak boleh mempertahankan dirinya pada masa ini setelah ditahan secara tidak adil," ujar beliau lagi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS