Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hentikan himpunan nyalaan lilin untuk Maria, kata IGP

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini memberi amaran kepada penganjur perhimpunan untuk mematuhi peraturan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 atau berhadapan tindakan pihaknya.

"Ia tidak boleh berterusan...Mulai sekarang, kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka, termasuk yang membakar lilin di Dataran Merdeka.

"Jangan fikir anda berkumpul untuk membakar lilin jadi tidak perlu memberi notis," kata Khalid merujuk kepada himpunan nyalaan lilin diadakan di Dataran Merdeka untuk mendesak pembebasan Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah.

Mengenai sama ada polis akan mengambil tindakan terhadap konvoi 'Bersih 7' yang dianjurkan oleh pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos, Khalid menjawab: "Pasti (ambil tindakan) jika aktiviti mereka bertentangan undang-undang".

Khalid pada sidang akhbar di KLIA, hari ini, pihak polis telah sekian lama mengamalkan kekangan dalam berdepan dengan perhimpunan haram.

Para penyokong Maria berikrar untuk mengadakan himpunan sedemikian pada setiap malam sehingga pembebasannya.

"Lihatlah jika mereka masih mahu melakukannya. Berani buat, berani tanggung akibatnya," beliau memberi amaran.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS