Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini diserang oleh kumpulan yang percayai dari Pasir Salak di luar lobi Parlimen apabila beliau keluar dari keretanya.

Pada kejadian itu, kira-kira 12 orang bergegas dari pintu lobi Parlimen ke arah keretanya dan mula mencercanya.

Kekecohan itu kemudian bertukar menjadi ganas apabila ada yang cuba untuk merempuh kawalan anggota keselamatan Parlimen yang cuba melindungi Khalid.

Berikutan pergelutan itu, seorang anggota keselamatan dan beberapa penyerang berkenaan dilaporkan terjatuh.

Mereka juga dilaporkan berjaya menarik baju Khalid tetapi gagal memukulnya. Pemimpin AMANAH itu kemudiannya diiringi ke lobi Dewan.

Seorang daripada ahli kumpulan itu kemudian menjerit "Kami dari Pasir Salak ini bukan sial!"

Kumpulan itu juga melaungkan "Hidup Pasir Salak!" sebelum beredar.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Khalid berkata seorang daripada ahli kumpulan itu mendakwa dirinya sebagai anak kepada timbalan menteri Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

"Dia kata kat saya kenapa awak panggil bapa saya sial?" kata ahli parlimen AMANAH tersebut.

Khalid dan Tajuddin terbabit dalam pertikaman lidah di Dewan Rakyat, Isnin lalu apabila ahli parlimen Pasir Salak itu secara sinis menggelar ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai satu-satunya perempuan yang ada “Kok”.

Pertengkaran kemudiannya tercetus dan Khalid turut bangkit dan menggelar Tajuddin dengan panggilan "sial" kerana tidak mahu menarik balik kata-katanya itu.

Tajuddin juga mengancam untuk menyaman ahli parlimen Shah Alam itu.

Mengulas apa yang berlaku, pagi tadi, Khalid berkata, pengawal keselamatan Parlimen memaklumkan kepada dirinya bahawa sekumpulan invididu sedang menunggu ketibaannya di hadapan lobi bangunan.

Katanya, pengawal keselamatan memberi cadangan supaya beliau menanti di tempat lain dan tidak ke Dewan Rakyat untuk mengelak sebarang perkara yang tidak diingini.

"(Namun) memandangkan hari ini ada banyak perkara yang nak dibincangkan di Dewan, termasuk RUU 355 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), maka saya buat keputusan nak ke Dewan.

"Sebaik keluar dari kereta, saya didatangi sekumpulan individu yang mencaci dan mencemuh saya, selain cuba untuk bertindak kasar.

“Syukur pengawal keselamatan Parlimen mengepung dan melindungi saya dengan menggunakan badan mereka sebagai 'perisai'.

"Kesian mereka (pengawal keselamatan) sebab ada antaranya yang ditumbuk kerana mempertahankan saya," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada kawalan keselamatan Parlimen.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS