Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Bekas pembantu Anwar, Saiful kini pengusaha songket
Diterbitkan:  Dec 1, 2016 12:43 PM
Dikemaskini: 7:27 AM

Bekas pembantu politik, Saiful Bukhari Azlan dikesan menjual pakaian termasuk tudung wanita di luar Pusat Dagangan Dunia Putra sempena Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung sehingga Sabtu ini.

Menurut The Star, Saiful dan isterinya, Nik Suryani Megat Deraman kini menceburi perniagaan menjual songket, batik dan aksesori wanita.

Lapan tahun lalu, Saiful mendakwa bekas bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat tanpa kerelaannya.

Anwar akhirnya dijatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi jenayah itu.

Saiful, kini 30, berkata beliau gembira untuk melupakan peristiwa hitam itu dan kini menjalankan perniagaan dari Terengganu.

"Keputusan untuk menjual di gerai ini dibuat pada saat akhir.

"Ada peniaga yang menarik diri, jadi kami hanya diberi notis lima hari untuk menbawa barangan kami dari Terengganu," katanya.

Nik Suryani, 36, berkata dia mula menjual beg tangan dan jaket wanita sejak 15 tahun lalu tetapi hanya berani mengembangkan perniagaannya selepas mendapat galakan dari Saiful.

Menurut The Star, Saiful dan Nik Suryani juga menguruskan sebuah firma perundingan politik dan media.

Mereka kini mempunyai seorang cahaya mata lelaki berusia dua tahun dan bakal menimang anak kedua pada bulan Mac.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS