Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'KWSP boleh jual saham FGV, tapi kesian peneroka'
Diterbitkan:  Dec 23, 2016 7:35 AM
Dikemaskini: Dec 23, 2016 3:09 AM

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menjual sahamnya dalam Felda Global Ventures (FGV) tetapi tiada jalan mudah bagi peneroka Felda yang mengalami kerugian daripada pembelian saham syarikat itu, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Kesian kepada para peneroka yang masih perlu membayar balik setiap bulan duit pinjaman yang diambil untuk memiliki saham FGV.

"Ia kini berlegar pada paras RM1.63, 63.5 peratus lebih rendah berbanding dengan nilainya ketika disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2012 dengan harga RM4.45 sesaham," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Pada tahun 2012, Putrajaya telah berjanji bahawa penyenaraian ladang kelapa sawit terbesar di negara ini akan menandakan satu era baru dan menggesa peneroka untuk membeli saham FGV melalui pinjaman.

Tuan Ibrahim berkata hakikat bahawa KWSP, yang sebelum ini merupakan pemegang besar saham dalam FGV, tidak lagi memegang sebarang kepentingan dalam FGV, menunjukkan betapa rendahnya keyakinan pelabur terhadap syarikat itu.

Selain mengalami kerugian daripada saham FGV, Tuan Ibrahim berkata, peneroka Felda juga mendapati bahawa pengeluaran tandan buah segar di bawah syarikat itu adalah terendah berbanding dengan syarikat swasta yang lain.

Masalah kewangan FGV, katanya, juga bakal mengganggu hidup peneroka apabila isu seperti perumahan untuk peneroka generasi kedua yang terbengkalai, kelewatan bayaran hasil kelapa sawit dan kos sara hidup yang meningkat kerana kejatuhan nilai ringgit.

Tuan Ibrahim berkata, beliau percaya masalah FGV akan menjejaskan parti pemerintah dalam pilihan raya umum akan datang, walaupun beberapa penganalisis berkata sebaliknya.

"Jika saham FGV terus merudum, siapa yang bakal menyelamatkannya?

"Seperti 1MDB, siapa yang membayar pada akhirnya kalau bukan kerajaan menggunakan duit yang dikutip daripada poket rakyat?" katanya.

Semalam, KWSP mendedahkan ia telah secara beransur-ansur menjual pegangan sahamnya dalam FGV dan tidak lagi mempunyai apa-apa kepentingan dalam syarikat itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS