Mahkamah mahu Maria, Jamal selesaikan saman fitnah
Diterbitkan: Dec 27, 2016 10:29 AM | Dikemas kini: Dec 27, 2016 11:00 AM
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mahu Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dan pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang menuduh NGO itu mempunyai kaitan dengan militan IS untuk meninjau kemungkinan penyelesaian saman fitnah itu.
Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab mahu pihak yang berkenaan meninjau kemungkinan tersebut hari ini apabila kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes.
Peguam Maria Melissa Sasidaran memaklumkan demikian kepada pemberita.
"Semua pihak dinasihatkan untuk cuba selesaikan perkara ini. Pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 10 Januari.
Kata Melissa, beliau akan mendapatkan arahan seterusnya daripada Maria mengenai perkara itu.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.