Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Puad: Jika BR1M dikatakan rasuah, S'gor perlu henti beri air percuma
Diterbitkan:  Dec 31, 2016 8:53 AM
Dikemaskini: 1:37 AM

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohd Puad Zarkashi membidas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali kerana mengatakan pemberian wang tunai oleh kerajaan persekutuan sebagai satu bentuk rasuah, dan pemimpin Umno itu turut membangkitkan dasar yang sama di Selangor.

"Azmin bersetuju dengan dakwaan Tun Mahathir (Mohamad) bahawa BRIM adalah rasuah. Ia berbeza dengan pandangan (presiden PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menolak pandangan Tun M itu.

"Persoalannya, apakah pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu di Selangor yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.1 bilion sejak 2009 itu bukan rasuah?" soal Puad dalam satu kenyataan.

"Kata Azmin pemberian BRIM melibatkan wang tunai berbanding pemberian air percuma. Di mana Azmin belajar bahawa pemberian rasuah hanya melibatkan wang tunai.

"Menyogok dengan menggunakan barangan seperti pemberian rumah, kereta, jam tangan dan lain lain juga rasuah jika ia berniat songsang. Ini termasuk penyediaan perkhidmatan seperti pelacur dan habuan seks," tambah Puad.

Katanya, sekiranya Azmin mengatakan BR1M itu rasuah, maka Azmin perlu menghentikan dulu pemberian air percuma.

Menurutnya,  walaupun pembangkang cuba untuk menjenamakan BR1M sebagai satu bentuk rasuah, tetapi Puad mendakwa, ramai ahli Parlimen pembangkang sebenarnya membantu pengundi mereka untuk mendapatkan bantuan wang tunai itu.

"BR1M diberikan kepada mereka yang layak sahaja tanpa mengira sokongan politik mengikut jumlah pendapatan.

"Ia juga usaha membaiki sistem pemberian subsidi secara pukal yang dinikmati oleh orang kaya dan warga asing," katanya.

Kerajaan Selangor menyediakan sehingga 20 meter padu air percuma sebulan untuk isi rumah di negeri itu.

[Baca berita penuh]
  

Lihat Komen
ADS