Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Guna Stadium Titiwangsa, kata Ku Nan pada PAS
Diterbitkan:  Jan 14, 2017 3:25 PM
Dikemaskini: 7:45 AM

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengulangi cadangan agar PAS mengadakan perhimpunan berkaitan Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1965 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

"Dataran Merdeka kita tidak akan benarkan, tidak kira siapa. Saya sudah memberikan cadangan agar mereka (PAS) menggunakan Stadium Titiwangsa seperti yang dilakukan semasa Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata kementerian itu dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam melaksanakan larangan terhadap sebarang perhimpunan daripada diadakan di Dataran Merdeka.

DBKL sebelum ini turut melarang PAS menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan mereka.

 

-Bernama

Lihat Komen
ADS