Paling Popular
Terkini

Pemandu lori yang dipukul beberapa individu di sebuah kondominium di Ampang mendakwa tidak melakukan sebarang provokasi ketika serangan.

Menceritakan kejadian itu, Nasrul Faiz Zulfahmi, 25, berkata ketika mengundurkan lorinya, beliau secara tidak sengaja melanggar kereta Mercedes-Benz yang diparkir di situ.

Ketika keluar dari lori berkenaan, dia didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali.

"Saya tanya ni kereta abang ke, lepas tu dia cakap ni lori siapa. Saya cakap ni lori saya.

"Lepas tu dia tarik saya. Dia macam nak gaduh la. Saya tarik dia, (dan tertanya-tanya) apahal dia ni tumbuk saya," kata Nasrul kepada pemberita semasa protes anjuran rakan-rakan pemandu lori di Sungai Besi hari ini.

Kepada satu soalan, Nasrul menafikan bersikap biadap kepada penyerangnya dan tidak tahu siapa mengarahkan serangan itu.

Apa yang sempat dingatinya, beliau telah dipukul oleh seorang lelaki dan ditendang dua yang lain.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 14 Januari dan video menunjukkan Nasrul diserang empat lelaki itu tersebar secara meluas di internet.

Pagi ini, polis mengesahkan lima individu telah ditahan berkaitan dengan insiden itu.

Dapat ancaman

Kepada satu soalan, Nasrul berkata beliau dimaklumkan oleh majikan bahawa penyerang berkenaan membuat ancaman jika perkara itu dibawa kepada pihak berkuasa.

"Bos beritahu saya diaorang ni macam gangster besar," kata Nasrul, yang kini bimbang dengan keselamatan keluarganya.

Katanya, beliau akhirnya membuat laporan polis selepas diminta berbuat demikian oleh pihak berkuasa itu.

Mengenai sama ada insiden itu akan menghalang beliau daripada membuat penghantaran ke kawasan itu, Nasrul menjawab: "Rezeki itu luas"

Nasrul berkata, beliau mula memandu lori pada Mac tahun lepas dan membantu ibu bapanya yang masih bekerja, untuk menyara keluarga.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS