Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Abang tiri Kim Jong-un didakwa dibunuh di Malaysia
Diterbitkan:  Feb 14, 2017 8:11 PM
Dikemaskini: 3:30 PM

Abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un mati dibunuh di Malaysia, menurut laporan agensi berita Yonhap dan media-media Korea Selatan, yang memetik sumber-sumber tidak dinamakan.

Yonhap yang memetik sumber kerajaan Korea Selatan, melaporkan Kim Jong Nam mati dibunuh pada Isnin semalam di Malaysia.

Ia tidak memberikan sebarang perincian.

Jaringan TV kabel TV Chosun pula melaporkan Kim diracun di lapangan terbang di Kuala Lumpur oleh dua wanita, dengan memetik beberapa sumber kerajaan Korea Selatan.

Polis Malaysia memberitahu Reuters bahawa lelaki Korea Utara tidak dikenali meninggal dunia dalam perjalanan dari lapangan terbang Kuala Lumpur ke hospital.

Menurut polis, identiti lelaki itu belum disahkan.

- Reuters

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS