Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Korea Selatan kata Kim Jong-nam diracuni ejen Utara
Diterbitkan:  Feb 15, 2017 12:00 PM
Dikemaskini: 4:06 AM

Agensi perisikan Korea Selatan hari ini berkata bahawa abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un iaitu Kim Jong-nam, yang dijumpai mati telah diracun oleh dua ejen wanita yang disyaki dari Utara, menurut taklimat oleh agensi perisikan kepada ahli parlimen negara itu.

Agensi itu juga berkata Korea Utara telah lama merancang untuk membunuh Kim Jong-nam, walaupun mereka tidak menyatakan bagaimana agensi itu mendapat maklumat berkenaan.

Kim dibunuh ketika dalam perjalanan ke wilayah China Macau, di mana beliau menghuni, kata ahli parlimen berkenaan sambil menambah bahawa beliau diberi perlindungan oleh China.

Agensi perisikan Korea Selatan berkata keluarga Kim Jong-nam dan bukan Korea Utara mungkin akan mendapat hak menuntut mayatnya selepas bedah siasat,.

Agensi perisik itu berkata China turut melindungi ahli keluarga Kim Jong-nam.

- Reuters

Lihat Komen
ADS