Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pakatan Harapan hari ini menjalankan pusingan pertama mesyuarat agihan kerusi tanpa kehadiran wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kerana parti itu masih belum mengenal pasti kerusi yang mahu ditandinginya.

“Oleh kerana homework ataupun kajjian kerusi mana yang (mahu) ditandingi itu belum lagi selesai dan mereka perlukan lagi masa dan kami membuat ketetapan untuk teruskan dengan parti-parti yang telah bersedia.

“Kami akan mengadakan mesyuarat pada pusingan seterusnya," kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan naib presidennya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman (bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya) sepatutnya menyertai mesyuarat seperti yang dirancang, katanya.

“Dalam komunikasi terakhir antara saya dan Mukhriz, berbeza dengan kami tiga parti yang sudah selesaikan homework kami, beliau memaklumkan saya BERSATU perlukan sedikit lagi masa.

“Sebab tugas untuk mengenalpasti kerusi-kerusi yang BERSATU akan bertanding dimanahkan kepada Abdul Rashid.

“Saya difahamkan homework itu belum selesai manakala PKR, DAP dan AMANAH kami dah pun bersedia dengan kerusi-kerusi yang kami sasarkan untuk kami tuntut,” katanya.

Beliau berkata HARAPAN memutuskan untuk meneruskan rundingan kerusi antara parti yang telah menjalankan kajian mereka dan telah mencapai beberapa kemajuan.

Saifuddin berkata beliau yakin BERSATU tidak ada masalah menyertai mesyuarat rundiingan kerusi pusingan kedua HARAPAN.

Beliau berkata pertindihan tuntutan kerusi pada mesyuarat hari ini adalah minimum.

Saifuddin berkata, pembangkang juga bersetuju dengan parameter dan asas bagi setiap parti sebagai panduan apabila membuat tuntutan kerusi untuk pilihan raya umum akan datang.

“Saya tak huraikan apa parameter itu, yang penting ada formula untuk bantu selesaikan agihan kerusi.

“Hasilnya nanti parameter dianggap berjaya kalau kerusi bertindih adalah tahap minimum.

Ditanya mengenai agihan kerusi di Selangor, beliau berkata, "Kami ada formulanya, formulanya tak boleh kongsi. Yang penting semua kerusi BN, kami akan lawan.”

HARAPAN dan BERSATU membentuk hubungan politik Disember lalu dan bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa teknikal bersama untuk membincangkan agihan kerusi dan manifesto.

Jawatankuasa agihan kerusi terdiri daripada Mukhriz dan Abdul Rashid yang mewakili BERSATU, Saifuddin dari PKR, Anthony Loke dari DAP dan Hatta Ramli dari AMANAH.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS