Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Malaysia usir Duta Korea Utara
Diterbitkan:  Mar 5, 2017 12:58 AM
Dikemaskini: 5:00 PM

Wisma Putra mengusir Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol.

Tindakan tersebut diambil selepas beliau gagal hadir ke Wisma Putra pada pukul 6 petang, semalam walaupun dipanggil untuk menjelaskan kenyataan beliau terhadap Malaysia sebelum ini.

Wisma Putra menghantar nota diplomatik kepada kedutaan Korea Utara bagi memaklumkan kepadanya bahawa beliau mempunyai 48 jam untuk meninggalkan negara ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam kenyataan malam ini berkata, duta Korea Utara sepatutnya bertemu dengan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar bagi hubungan dua hala, Raja Nushirwan Zainal Abidin.

"Bagaimanapun, tidak duta mahupun para pegawai kanan kedutaan hadir di kementerian.

"Beliau dijangka meninggalkan Malaysia dalam masa 48 jam dari masa yang dijadualkan untuk mesyuarat itu, iaitu jam 6 petang, 4 Mac 2017," kata Anifah.

Menjelaskan alasan pengusiran tersebut, kata Anifah, para pegawai Kementerian Luar yang diketuai oleh Raja Nushirwan pada Selasa bertemu dengan delegasi peringkat tinggi Korea Utara yang diketuai oleh Kim Song.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS