Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images

Bekas pemimpin DAP Hew Kuan Yau yang lebih dikenali sebagai 'Superman' dimasukkan ke Hospital Kulai selepas mogok lapar tiga hari selepas ditahan lokap tiga hari.

Peguam Chan Kheng Fai mengesahkan beliau dibawa ke hospital hari ini.

Chan bagaimanapun tidak pasti sama ada Hew dibawa ke sana untuk pemeriksaan kesihatan kerana mogok lapar atau sebab-sebab lain.

“Polis hanya berkaat Hew dibawa ke hospital untuk pemeriksaan badan berdasarkan prosedur biasa,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kulau Razak Md Said ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu.

Pentadbir Facebook Hew bagaimanapun berkata dia dibawa ke hospital kerana mogok lapar dan enggan menjamah makan atau minuman yang disediakan di lokap.

Hew ditangkap pada Isnin lepas selepas mempersenda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya sebagai "Beauty and the Beast".

Hew direman empat hari bermula semalam dan memulakan mogok lapar sejak hari pertama ditahan.

Lihat Komen
ADS