Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS mungkin ambil balik kerusi Azmin di Gombak
Diterbitkan:  Mar 24, 2017 11:55 AM
Dikemaskini: 3:57 AM

PAS dilapor mahu mengambil kembali kerusi yang menurutnya dipinjamkan kepada PKR di Selangor.

Ini, termasuk parlimen Gombak yang disandang Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.

Langkah itu akan diambil sekiranya muktamar tahunan PAS di Kedah akhir bulan depan membuat keputusan memutuskan kerjasama politik de­ngan PKR, lapor akhbar Umno Utusan Malaysia.

“Kita tidak menolak kemungkinan mengambil balik kerusi di Selangor termasuk kerusi PKR. Pada masa ini kita masih mempunyai hubu­ngan dengan PKR dan kita perlu tunggu muktamar membuat keputusannya nanti.

“Kalau putus (hu­bungan PAS dan PKR) bukan sahaja di Se­langor, malah kerusi di seluruh negara kita ambil,” Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas ceramah di Kota Bharu malam tadi.

Tanpa menamakan, Azmin Selasa lalu mempersendakan kekuatan seorang 'tok lebai' yang bercita-cita hendak menawan Selangor, walaupun “kalah tersungkur” di kawasan sendiri.

Nik Abduh kalah teruk dengan 37 undi pada pemilihan PAS peringkat kawasan di Pengkalan Chepa.

Tulisan Azmin itu juga mengundang kemarahan meluas akar umbi PAS.

Lihat Komen
ADS