Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Shabudin: Taubatlah, jangan fitnah, dengar betul-betul
Diterbitkan:  Apr 7, 2017 1:02 PM
Dikemaskini: 5:06 AM

Anggota parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya mungkin akan menyaman media dan pemberita susulan laporan yang memetik kenyataannya berkaitan isu rogol dan perkahwinan bawah umur.

“Saya akan semak dulu semua perkara.

“Kalau semua perkara itu OK, saya akan terus saman akhbar dan pemberita berkenaan kerana dia mesti bertanggungjawab,” katanya seperti disiarkan dalam video Nanyang Siang Pau.

Shabudin dilaporkan berkata di Dewan Rakyat bahawa perkahwinan antara perogol dan mangsanya mungkin boleh mengubati masalah sosial.

Beliau bagaimanapun berkata apa yang ingin beliau tekankan ialah, tiada apa-apa peruntukan yang menghalang perogol dan mangsanya untuk berkahwin.

“Laporan media yang menunjukkan bahawa saya menyokong perkahwinan perogol dan mangsa ini telah diambil di luar konteks, di mana penekanan saya sebenarnya adalah tentang peruntukan undang-undang sedia ada yang tidak menghalang sebarang perkahwinan dalam usia yang disebutkan,” katanya.

Kenyataan kontroversi Shabudin itu dibuat di Dewan Rakyat ketika perbahasan berkaitan sama ada perkahwinan bawah umur patut diharamkan.

Beliau antaranya berkata undang-undang membenarkan gadis bawah 16 tahun berkahwin dengan kebenaran mahkamah syariah.

Beliau juga berjaga rogol statutori – hubungan seks bawah umur, tidak kira sama ada suka sama suka atau tidak – sebagai jenayah, tetapi tiada peruntukan dapat menghalang mangsa daripada mengahwini pelakunya.

Sementara itu, Shabudin dalam rakaman video itu turut memberi pesanan khas kepada pemberita yang terlibat menulis berita berkaitan.

Beliau bagaimanapun tidak menyebutkan pihak itu secara khusus.

“Saya minta kepada pemberita yang berkenaan tolong bertaubatlah.

“Jangan membuat fitnah, dengar betul-betul, jadi pemberita yang beretika, bertanggungjawab.”

'Kenyataan saya diambil di luar konteks'

MP BN: Kahwin lepas rogol boleh ubati masalah sosial

Lihat Komen
ADS