Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib takut dengan BERSATU, kata PAS
Diterbitkan:  Apr 17, 2017 8:49 AM
Dikemaskini: 2:50 AM

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan pengaruh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan akan mempercepatkan pilihan raya umum akan datang.

"Pada pendapat saya,Najib takut dengan BERSATU kerana parti itu boleh kacau undi orang Melayu.

"Oleh itu, jika BERSATU dilihat boleh gugat Umno maka pilihan raya umum akan diadakan pada Julai namun kalau mereka rasa yakin, pilihan raya akan diadakan pada September," katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian.

Menurut Mohd Amar, beliau mendapat maklumat bahawa perdana menteri sedang mbuat kaji selidik untuk lihat kekuatan parti serpihan Umno yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

"Kaji selidik itu dibuat di seluruh negeri di beberapa kawasan tertentu untuk lihat kekuatan dan pengaruh BERSATU.

"Macam parti lain seperti DAP, PKR dan PAS sendiri, Umno dah tahu kekuatan mereka, tapi BERSATU, mereka tidak tahu.

"Tambahan pula, BERSATU punyai potensi besar untuk rampas undi orang Melayu maka ia jadi satu risiko besar buat Umno," katanya.

Akhbar itu juga memetik pemimpin PAS itu sebagai berkata, BERSATU membuat satu kesilapan besar apabila menyertai Pakatan Harapan.

"Bila BERSATU sertai Pakatan Harapan, susah sikit untuk dapatkan undi Melayu sebab majoriti pengundi, mereka tidak sokong DAP,” katanya.

Justeru, Mohd Amar yang juga adalah timbalan menteri besar Kelantan percaya PRU14 bakal berlangsung di antara Julai hingga September tahun ini.

Lihat Komen
ADS