Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu gambar: Zairil minta urus sendiri, kata DAP
Diterbitkan:  Apr 20, 2017 11:09 AM
Dikemaskini: 8:44 AM

Anggota Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari sudah memberi penjelasan kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengenai gambar-gambar yang didakwa membabitkan dirinya yang banyak diperkatakan ketika ini.

"Memandangkan ini merupakan serangan terhadap peribadinya, Zairil meminta untuk menguruskan sendiri isu ini buat ketika ini," kata Chow melalui kenyataan media ringkas.

Katanya, penjelasan hari ini dibuat bagi memberi maklumat kepada orang ramai yang mengikuti isu berkenaan.

Zairil sekali lagi mencuri tumpuan ekoran tularnya gambar didakwa dirinya sedang minum bersama bekas calon DAP bagi pilihan raya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Zairil, 34, bagaimanapun menafikan lelaki dalam gambar itu adalah dirinya.

"Bukan, itu bukan saya. Ia jelas satu lagi percubaan untuk memfitnah saya dengan serangan peribadi. Ia (gambar itu) adalah palsu," kata Zairil yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.

Seperti kebanyakan isu media sosial banyak digunakan untuk menyebarkan gambar atau rakaman video mengenai seseorang.

Sebelum ini gambar Dyana Sofya sedang merokok juga menjadi tular dan mengundang pelbagai komen orang ramai.

Lihat Komen
ADS