Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr Maza: Apa lagi Hindraf mahu?
Diterbitkan:  Apr 23, 2017 10:51 AM
Dikemaskini: 4:12 AM

Mufti Perlis berkata, kumpulan pendesak Hindu, Hindraf, memutar belit puisi beliau semalam selepas berani campur tangan dalam urusan khutbah di negeri berkenaan.

Kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Jabatan Mufti Perlis sentiasa mempromosikan pendekatan yang harmoni dan mencari ruang damai antara agama.

"Saya juga yang menentang memanggil orang bukan Islam dengan gelaran kafir harbi kerana bimbangkan ketegangan antara agama.

"Jabatan Mufti Perlis dalam fatwanya juga sentiasa mengambil kira keadilan untuk semua. Dalam isu hak penjagaan anak umpamanya, fatwa Perlis merentasi isu agama kepada isu kepentingan anak tanpa diikat dengan isu agama.

"Ini dengan turut mengkaji beberapa isu anak yang membabitkan penganut Hindu dan lain-lain di Malaysia.

"Demikian juga fatwa zakat Perlis yang membenarkan ulul amri memberikan bahagian kepada bukan muslim atas asnaf muallaf," katanya dalam kenyataan semalam.

Campur tangan urusan agama

Bagaimanapun, kata Mohd Asri, ia tidak memberi kesan kepada pihak terbabit malah mereka terus membangkitkan isu menyebabkan ketegangan agama dan permusuhan antara kaum.

"Mereka ini menefon Jabatan Mufti Perlis dan memaki hamun. Bayangkan," katanya.

Mohd Asri berkata demikian bagi mengulas kontroversi terbaru melibatkan dirinya.

Jumaat lalu beliau memuat naik status berupa puisi yang menyebabkan kemarahan beberapa pihak.

Dalam tulisannya itu mufti yang juga dikenali dengan panggilan Dr Maza itu menyentuh mengenai "penyembah lembu" yang menyebabkan kemarahan penganut Hindu.

Bagaimanapun beliau kemudian menjelaskan kenyataan itu merujuk kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Semakan hari ini mendapati "Puisi Pagi Jumaat" itu sudah tiada pada paparan Facebook Mohd Asri.

Mohd Asri seorang daripada tokoh yang kuat membela pendakwah kelahiran India, Dr Zakir Naik, yang kini dikehendaki New Delhi atas beberapa tuduhan jenayah.

Kata Mohd Asri kumpulan pelampau Hindu Sejak awal lagi cuba campur tangan dalam urusan masjid di Perlis apabila mempertikaikan khutbah yang akan di sampaikan oleh Zakir.

"Apakah boleh mereka campur tangan urusan agama orang lain dan kemudian ingin memberitahu kita jangan campur tangan urusan agama mereka?" katanya.

Selepas kerajaan memaklumkan Zakir diberi status pemastautin tetap di negara ini, katanya, kumpulan terbabit memainkan lagi isu pendakwah berkenaan.

Ulasan-ulasan mereka - serta sesetengan orang Islam - di atas talian pula, kata Mohd Asri, amat menyentuh sensitiviti orang Islam.

"Selepas itu, puisi saya yang berkaitan kerajaan Modi India mereka spin kononnya untuk kaum Hindu di Malaysia. Maka, apakah sebenarnya yang mereka mahu?" katanya.

Lihat Komen
ADS