Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Dr M beralih kepada DAP kerana gagal tarik Melayu'
Diterbitkan:  May 6, 2017 6:45 PM
Dikemaskini: 10:48 AM

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad membuat 'pusingan-U' secara dramatik ke atas DAP disebabkan ketidak upayaan bekas perdana menteri itu untuk menarik sokongan Melayu dalam perjuangan beliau.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kehadiran Mahathir pada majlis makan malam mengumpul dana DAP di Gelang Patah semalam.

Empat tahun yang lalu, Mahathir pernah meminta pengundi di kawasan Parlimen itu untuk menamatkan kerjaya politik Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

"Mengapa secara tiba-tiba dan sangat drastik membuat pusingan U selepas lebih 44 tahun membenci DAP?

"Kita boleh menganggap bahawa dalam keadaan terdesak, Mahathir sedar melainkan mendapatkan sokongan orang Cina, mereka akan 'dihapuskan' pada pilihan raya umum akan datang kerana hilang sokongan pengundi Melayu," kata Salleh dalam blognya, hari ini.

Mahathir, pada majlis makan malam malam tadi, mengulangi DAP bukan parti cauvinis Cina dan beliau menjadikan DAP sebagai sasaran ketika menjadi perdana menteri kerana politik.

Salleh berkata, kutukan Mahathir terhadap DAP dan para penyokong Cina menjangkau empat dekad.

"Selama lebih 44 tahun, dari 1969 hingga 2013, Mahathir telah secara konsisten mengutuk DAP dan penyokong Cina parti itu.

"Pada tahun 1969, Dr Mahathir berkata beliau tidak perlu undi Cina untuk memenangi pilihan raya dan dengan undi Melayu semata-mata, boleh menang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS