Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
BN jual tanah lebih 36 kali ganda, dakwa Guan Eng

Sambil menepis dakwaan beliau menjual banyak plot tanah di Pulau Pinang, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, BN menjual tanah 36 kali ganda lebih banyak daripada pentadbirannya.

Namun, pulangan ekonomi yang berjaya dijana adalah jauh lebih tinggi berbanding BN, kata Lim yang juga setiausaha agung DAP.

Jelas Lim, BN menjual 3,661 ekar pada harga RM1.0586 bilion, manakala kerajaan negeri dibawahnya dijual 106.1 ekar untuk menjana pulangan RM1.1102 bilion.

Menurut statistik kerajaan negeri, sebelum 2008, Lim berkata, BN telah menjual:

1. 980 ekar tanah di Tanjong Tokong (RM1 setiap kaki persegi) untuk RM42.7 juta;

2. 325 ekar tanah di Jelutong Expressway (kini dikenali sebagai Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu) pada harga RM20 setiap kaki persegi untuk RM325 juta;

3. 750 ekar tanah di Batu Kawan (RM3.24 setiap kaki persegi) bagi RM106 juta dan;

4. 1,606 ekar tanah di Butterworth (RM8.40 setiap kaki persegi) untuk RM584.9 juta.

Ini, kata Lim lagi, berbanding tindakan kerajaannya menjual 1.1 ekar di Jalan Zainal Abidin yang juga dikenali sebagai Taman Manggis (RM232 setiap kaki persegi) untuk RM10.2 juta dan 105 ekar di Bayan Mutiara (RM240 setiap kaki persegi) untuk RM1.1 bilion.

"Bukan kerajaan sekarang yang menjual lebih banyak tanah tetapi (kerajaan negeri) sebelumnya," tambah Lim pada sidang media, hari ini.

"Jangan kata kami jual semua tanah di Pulau Pinang, kami jual hanya kawasan yang terhad tetapi BN jual 3,661 ekar berbanding 106.1 ekar oleh kami," katanya.

"Walaupun kami menjual sedikit, dapat lebih kira-kira RM1.1 bilion, berbanding BN RM1.05 bilion," ujar Lim lagi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS