Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Letupan di Manchester: Tiada warga M'sia terkorban
Diterbitkan:  May 24, 2017 6:10 AM
Dikemaskini: May 24, 2017 3:20 AM

Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terkorban atau cedera dalam letupan semasa konsert di Arena Manchester, Manchester, England, kelmarin.

Kementerian itu dalam satu kenyataan semalam berkata ia akan memantau rapi insiden itu dan menasihatkan warga Malaysia yang tinggal di sekitar kawasan terlibat untuk sentiasa berjaga-jaga dan mematuhi arahan diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.

Wisma Putra juga menggesa mereka yang memerlukan bantuan supaya menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London di alamat 45-46 Belgrave Square , London SW1x 8QT atau di talian +44 207 235 803 atau emel [email protected].

Kementerian itu juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa letupan berkenaan.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 22 orang, termasuk kanak-kanak terkorban dan 59 cedera dalam letupan bom sebaik sahaja mereka yang menonton persembahan penyanyi Amerika Syarikat Arianna Grande, beredar dari tempat konsert itu .

Pihak polis menyifatkan letupan itu sebagai satu serangan pengganas, menurut laporan media.

- Bernama
 

Lihat Komen
ADS