Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Skandal seks WhatsApp: Waran tangkap untuk Rizieq Shihab
Diterbitkan:  May 30, 2017 4:08 PM
Dikemaskini: 8:14 AM

Polis Indonesia sudah mengeluarkan waran tangkap ke atas Ketua Umum Front Pembela Islam, Rizieq Shihab, dan dijangka akan disampaikan ke rumahnya dalam tempoh terdekat.

Jurucakap Polis Metro Jaya Jakarta, Prabowo Argo Yuwono, berkata buat permulaan waran itu akan dihantar ke kediaman rasmi Rizieq di Petamburan, Jakarta Pusat.

"Kemudian kami akan ke jabatan imigresen untuk mengetahui di mana dia berada sekarang," katanya dilapor Tempo hari ini.

Menurut Argo, waran itu adalah langkah awal dilakukan polis sebelum tindakan lanjut merujuk kes itu kepada Interpol diambil.

"Waran itu sebahagian daripada prosedur yang harus dilakukan polis sebelum mengeluarkan notis merah ke Interpol," katanya.

Rizieq - tokoh yang lantang mengecam bekas gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama kerana menghina Islam - dikehendaki polis dalam siasatan pihak berkuasa terhadap skandal sembang seks dia dengan seorang janda.

Ketika isu itu semakin hangat diperkatakan, Rizieq meninggalkan Indonesia untuk ke Arab Saudi atas alasan mahu mengerjakan umrah.

Setakat ini belum ada sebarang tanda dia akan pulang untuk memberi kerjasama kepada polis di negaranya.

Ibu tunggal yang dikaitkan dengan sembang lucah Rizieq itu, Firza Husein, sudah memberi keterangan kepada polis dan beberapa bahan bukti dari rumahnya sudah diambil.

Pakar forensik juga dikatakan sudah selesai membuat penelitian bagi mengesan kesahihan gambar yang beredar itu. Antara aspek yang diperhatikan, kata polis, ialah 'lekuk tubuh' pada gambar bogel berkenaan yang tidak boleh diubah suai.

Firza dipercayai akan didakwa di mahkamah mengkut Akta Pornografi Indonesia 2008 tidak lama lagi.

Perbualan yang turut melibatkan pertukaran gambar bogel itu berlangsung melalui aplikasi WhatsApp.

Rizieq, 51, mempunyai seorang isteri dan bapa kepada tujuh anak.

Lihat Komen
ADS