Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Shafee: Saya akan keluar kenyataan, tetapi bukan hari ini
Diterbitkan:  Jun 9, 2017 2:43 PM
Dikemaskini: 6:48 AM

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata beliau akan mengeluarkan satu kenyataan mengenai dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membayarnya sebanyak RM9.5 juta.

Beliau berkata demikian selepas disoal pemberita mengenai perkara itu di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya akan keluarkan kenyataan, tetapi bukan hari ini," kaatnya yang dipetik oleh portal FMT, sebelum menuju ke keretanya dan meninggalkan kompleks mahkamah.

Minggu lalu, Sarawak Report mendakwa Shafee telah menerima dana RM9.5 juta itu melalui dua bayaran - iaitu pada 11 September, 2013 dan 17 Februari, 2014.

Shafee bertindak sebagai ketua pendakwa raya dalam kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila perkara itu dibawa ke mahkamah rayuan dan persekutuan.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah pada 10 Feb 2015.

Pembangkang mendakwa laporan Sarawak Report membuktikan wujudnya konspirasi politik terhadap Anwar, yang berulang-kali mendakwa pertuduhan berkenaan adalah direkayasa.

Awal hari ini, Anwar, melalui peguamnya, memfailkan saman pemula untuk mengketepikan sabitan bersalah itu berdasarkan dakwaan bahawa Shafee telah dibayar RM9.5 juta.

Anwar menamakan kerajaan sebagai responden tunggal dalam permohonan itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS