Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Iskandar: Jangan hina tetamu rumah terbuka
Diterbitkan:  Jul 3, 2017 9:31 AM
Dikemaskini: 2:11 AM

Naib Presiden PAS mengecam keras pihak tertentu yang menghina tetamu rumah terbuka kerajaan Selangor yang diadakan sempena Aidilfitri, semalam.

Kata Datuk Iskandar Abdul Samad, mereka bukanlah orang yang tidak cukup makan, kebulur atau peminta sedekah.

"Kalau kamu biasa dengan makanan yang sedap-sedap, tidak perlulah menghina orang lain.

"Ramai rakyat marhaen yang tidak mampu menyediakan makanan istimewa untuk keluarga mereka pada hari raya ini," katanya melalui Facebook malam tadi.

Sambutan hari raya kerajaan negeri diadakan di Ampang Jaya, dihadiri ribuan orang, selain tetamu kehormat termasuk Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah, Permaisuri Norashikin dan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.

Menurut Azmin majlis berkenaan dihadiri "puluhan ribu" orang dan ia melambangkan perpaduan dan kemakmuran rakyat.

 

 

Iskandar berkata sesetengah orang tidak bernasib baik seperti yang lain dan berdepan dengan kekurangan.

Malah, kata exco kanan Selangor itu, ada yang terpaksa berkira-kira walaupun untuk membeli kuih raya.

"Ada yang datang berjumpa dengan YB meminta sumbangan untuk membeli daging. Hendak membeli kuih raya pun berkira. Baju baru jauh sekali," katanya.

Justeru Iskandar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Chempaka itu menasihati pihak yang mengecam tetamu rumah terbuka itu supaya berpijak di bumi nyata.

"Turun berjumpa masyarakat. Bukan semua orang mampu menyambut hari raya seperti kamu.

"Majlis hari raya tadi sedikit sebanyak dapat mengembirakan keluarga para marhaen," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS