Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
AirAsia batal penerbangan ekoran letusan Gunung Merapi
Diterbitkan:  May 12, 2018 5:44 AM
Dikemaskini: 10:14 PM

AirAsia Bhd membatalkan beberapa penerbangan ke dan dari Yogyakarta disebabkan letusan Gunung Merapi di Jawa Tengah.

Dalam satu kenyataan semalam, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata penerbangan yang dibatalkan adalah AK 347, AK 348 dan AK 349 (Yogyakarta-Kuala Lumpur, Kuala Lumpur-Yogyakarta), QZ 659 (Singapura-Yogyakarta), QZ 7557, QZ 7550, QZ 7551, QZ 7552 dan QZ 7553 (Yogyakarta-Jakarta, Jakarta-Yogyakarta), XT 8448 dan XT 8449 (Bali-Yogyakarta, Yogyakarta-Bali).

“Penumpang yang terlibat akan dimaklumkan mengenai status penerbangan mereka melalui e-mel dan SMS. AirAsia amat menggalakkan semua penumpang mengemaskini maklumat hubungan mereka di airasia.com untuk memastikan mereka dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan terkini berhubung penerbangan mereka,” katanya.

Syarikat penerbangan itu berkata penumpang bagi penerbangan yang dibatalkan layak untuk memilih perkhidmatan sama ada menukar penerbangan, akaun kredit, mendapatkan bayaran balik penuh atau perubahan laluan.

AirAsia menasihati penumpangnya untuk menyemak airasia.com dan saluran media sosial AirAsia untuk sebarang perkembangan terkini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS