Mahathir ditikam 'orang kuatnya' di Kubang Pasu
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tewas di "kubangnya" sendiri - Kubang Pasu pada Sabtu lalu kerana "ditikam dari depan dan belakang" oleh tiga bekas orang kuatnya sendiri.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tewas di "kubangnya" sendiri - Kubang Pasu pada Sabtu lalu kerana "ditikam dari depan dan belakang" oleh tiga bekas orang kuatnya sendiri.
Setiausaha Politik terakhirnya, Datuk Johari Baharum terang-terangan dari awal lagi menentang hasrat bekas "bosnya" untuk menjadi perwakilan Umno bahagian Kubang Pasu manakala bekas "orang-orang" Dr Mahathir yang pernah menjadi wakil peribadi di kawasan Parlimennya, Tan Sri Osman Arofg menikam bekas "bosnys" di saat-saat akhir.
Tidak cukup dengan pukulan Johari dan Osman, seorang lagi bekas Setiausaha Politik beliau, Saad man turut memainkan peranannya meminta perwakilan ke mesyuarat bahagian supaya menolak Dr Mahathir.
Pemerhati politk berkata, peranan Osman dan Saad dalam perjumpaan dengan lebih 300 perwakilan bahagian pada malam Jumaat di Kelab Golf Darl Aman, Jitra menyebabkan undi bagi Dr Mahathir "beralih arah". (Osman duduk disebelah Dr Mahathir di mesyuarat Sabtu lalu)
Menurut mereka, sebelum perjumpaan malam itu, walaupaun ada desas-desus mengatakan Osman mungkin muncul pada pagi Sabtu bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Mahadzir Khalid, peluang bekas Presiden Umno itu untuk menang sangat cerah.
Dikatakan peluang kemenangan Dr Mahahthir sama banyak dengan anaknya Datuk Mukhriz. Malah diyakini sebahagian besar perwakilan akan memilih kedua-dua mereka, bukannya memilih salah seorang daripada mereka sebagaimana terjadi Sabtu lalu.
Dr Mahathir mendapat 227 undi, menduduki tempat kesembilan berbanding anaknya yang mendapat 298 undi di tangga kelima. Hanya tujuh calon yang mendapat undi terbanyak layak mewakili bahagian ke perhimpunan agung Umno.
"Jika Dr Mahathir tidak ditikam oleh Osman dan Saad pada malam Jumaat itu, pasti Dr Mahathir akan menduduki tempat kelima atau keenam, sama ada di depan atau di belakang Muhkriz kerana majoriti perwakilan telah bersetuju untuk memilih kedua-duanya sekali," jelas pemerhati politik Kedah itu
Undi atas pagar
Bagaimanapun selepas perjumpaan itu, undi untuk Dr Mahathir telah "lari" walaupun sokongan untuk Mukhriz tidak berganjak. (gambar kanan menunjukkan perwakilan sedang mengundi)
Sementara itu seorang ketua cawangan dari zon Jitra pula berkata, Osman masih mempunyai pengaruh kuat di akar umbi Kubang Pasu dan dipercayai ramai perwakilan yang sebelum ini bersikap "atas pagar" telah menolak Dr Mahathir selepas mendengar ucapan beliau pada malam itu.
Antara lain Osman yang menjadi Menteri Besar Kedah pada era pemerintahan Dr Mahathir telah meminta perwakilan menolak bekas "bosnya" kerana dikhuatiri jika bekas Perdana Menteri itu terpilih ke perhimpunan agung Umno, parti itu kan berpecah dan krisis besar pada tahaun 1987 dan 1998 akan berulang.
Menurut Osman, Dr Mahathir mempunyai rekod memecahbelahkan Umno, oleh itu beliau perlu ditolak.
Beliau meminta perwakilan supaya merenung semula pertelingkahan Dr Mahathir dengan Tengku Razaleigh dan Anwar pada 1987 dan 1998.
"Adakah kita mahu Umno sekali lagi berpecah? Jika anda semua tidak mahu, saya meminta jangan mengundi Tun Dr Mahathir," katanya kepada para perwakilan di majlis tersebut.
Saad yang pernah menjadi Setiausaha Politik Dr Mahathir selama dua penggal pula meminta perwakilan menolak Dr Mahathir kerana mahu manjaga "maruah" bekas "bosnya" itu. Menurut beliau, negarawan seperti Dr Mahathir tidak layak menjadi perwakilan, tetapi sebaliknya perlu diangkat sebagai tetamu kehormat di perhimpunan agung Umno November depan. (Gambar kanan menunjukkan Menteri Besar Kedah mencium keris sambil ditemani oleh Johari)
Saad meletakkan jawatannya selepas pilihanraya umum 1999 selepas tersebar khabar angin mengatakan beliau terlibat dalam usaha mensabotaj kertas penamaan calon Dr Mahathir bagi kawasan Parlimen Kubang Pasu.
Letak jawatan
Bagaimanapun, selepas Saad meletakkan jawatannya Dr Mahathir menafikan khabar-khabar angin yang mengatakan Saad "diberhetikan" sebaliknya beliau berkata pembantunya itu berhenti atas kerelaan sendiri.
Pemerhati politik juga menyifatkan kempen pemilihan perwakilan bahagian Kubang Pasu kali ini sehebat kempen pilihanraya kecil. Segala jentera kerajaan telah digunakan untuk memastikan kekalahan Dr Mahathir.
Malahan kepimpinan Umno pusat telah berkempen menentang hasrat bekas Perdana Menteri itu t untuk bertanding sejak dua minggu lalu dengan menyifatkannya sebagai tidak wajar kerana beliau pernah menjadi presiden parti selama 22 tahun.
Meskipun pucuk pimpinan mendakwa mereka tidak menghalang hasrat Dr Mahathir, tetapi pelbagai usaha dibuat untuk "memujuk" bekas Presiden Umno supaya jangan bertanding.
Mukhriz dalam ulasannya selepas keputusana diumumkan membuat kesimpulan bahawa kekalahan ayahnya disebabkan oleh kempen secara keterlaluan yang dibuat oleh Umno untuk mengetepikan ayahnya dalam pemilihan tersebut.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.