Pelayar solo negara, Datuk Azhar Mansor menegaskan beliau masih seorang Islam dan tinggal di Langkawi bersama isteri dna anak-anaknya.

Beliau menyatakan ststus agamanya itu berkali-kali kepada Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Mufrti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dalam pertemuan di pejabat Menteri Besar itu di Kangar semalam .

Shahidan Kassim dalam sidang akhbar selepas pertemuan itu menegaskan pelayar solo negara itu mengakui tetap menunaikan ibadah sebagai seorang Islam.

"Dia tetap menunaikan solat termasuk solat sunat Tarawih sepanjang Ramadan lalu dan kekal dengan segala ajaran Islam. Bagaimana boleh dikatakan dia menukar agama?" kata Shahidannya.

Menurut laporan Bernama, pertemuan iru berlangsung selama hampir sejam namun Azhar enggan menemui wartawan yang sudah menunggu lama di luar pejabat Menteri Besar itu.

Azhar sebelum ini dikaitkan dengan mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai cubaan pihak tertentu membaptiskan 300 umat Islam di sebuah gereja di Perak Ahad lalu.

Penyebaran SMS itu mengakibatkan sekumpulan aktivis Islam berkumpul di perkarangan sebuah gereja di Ipoh pada hari berkenaan untuk mendapat kepastian mengenainya, dan ia mendorong kepada tiga laporan, masing-masing dari polis, Pemuda Umno Perak dan pihak gereja, membawa kepada kes disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

Shahidan juga menjelaskan kehadiran pelayar kelahiran Perlis yang berjaya mengelilingi dunia secara solo dengan kapal layar "Jalur Gemilang" pada 1999 itu hanya merupakan kunjungan sesama umat Islam sempena Syawal.

"Selalunya Azhar datang menemui saya pada hari raya, tetapi kerana sibuk dengan perniagaan di Pulau Langkawi, dia hanya dapat datang pada hari ini," kata Shahidan.

Shahidan seterusnya mengakui bahawa Mufti Kerajaan Negeri sudah berjumpa dengan Azhar dan kenyataan lebih lanjut mengenai perkara itu akan dikeluarkan selewat-lewatnya Isnin ini.