Pemuda Umno beri amaran jangan cabar kedudukan agama Islam
Kumpulan-kumpulan yang cuba mencabar kedudukan agama Islam dalam perlembagaan negara di atas dasar kebebasan beragama hari ini diberi amaran supaya menghentikan segala aktiviti mereka .
Kumpulan-kumpulan yang cuba mencabar kedudukan agama Islam dalam perlembagaan negara di atas dasar kebebasan beragama hari ini diberi amaran supaya menghentikan segala aktiviti mereka .
Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menegaskan, sebarang gerakan atas nama apa sekalipun, hatta atas nama kebebasan beragama, kebebasan bersuara atau kebebasan media tidak akan dibiarkan mencabar hak dan kedudukan yang termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Kepada mereka yang yang menggelar diri sebagai Kumpulan Artikel 11, Pemuda ingin memberi amaran, jangan cuba membangkitkan isu berkaitan Artikel 11 dan Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan," tegasnya dalam ucapan dasar di Perhimpunan Pemuda Umno hari ini.
Katanya, jika perbuatan negatif ini tidak dibendung, maka ia akan mendatangkan implikasi yang amat besar kepada keharmornian negara dan kesejahteraan yang dikecapi selama ini.
Pemuda Umno mahu apa-apa persoalan dan isu yang berkaitan dengan agama Islam didengar dan diadili oleh Mahkamah Syriah dan bukannya oleh mahkakah sivil sesuai dengan Artikal 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.
Manakala mengenai cadangan menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama (IFC), Pemuda Umno mendesak agar kerajaan menolak terus cadangan tersebut.
"Kita perlu bertegas dalam soal ini. Kita perlu bergerak seiring untuk memastikan seluruh rakyat sedar bahawa kelalaian kita memelihara perpaduan akan membuka ruang kepada ancaman yang boleh memusnahkan negara,"katanya.
Hishamuddin juga menyentuh soal peratusan ekuiti bumiputera yang menjadi isu hangat di negara ini beberapa minggu lalu. Beliau mengingatkan pihak tertentu jangan bermain dengan isu pemilikan ekuiti antara kaum.
Bidas Asli
Sambil membidas hasil kajian Institut Kepimpinan dan Strategik Asia (Asli) yang mendakwa penguasaan ekuiti bumiputera telah melebihi 40 peratus, Menteri Pelajaran itu menegaskan kaedah rasmi kerajaan jauh lebih luas dan tepat.
" Kiraan rasmi kerajaan melas menunjukkan pemilikan bumiputera masih di tahap 18.9 peratus. Inilah realiti ekonomi negara yang boleh dilihat dengan mata kita sendiri berbanding dengan kajian asli yang tidak berpijak dibumi nyata itu,"tambahynya.
Hishamuddin menyifatkan kajian asli itu lebih bersifat polemik daripada menunjukkan kebenaran yang sahih.
Beliau juga membangkitkan soal jurang pendapatan yang semakin lebar antara bumiputera dan bukan bumiputera.
Menurutnya jurang pendapatan antara bumiputera dan etnik Cina pada tahun 2004 ialah 1:1.64, oleh itu tidak salah jika kerajaan terus mengambil inisiatif untuk merapatkan jurang tersebut.
"Apakah menjadi satu dosa jika kerajaan mahu menmgurangkan nisbah kepada 1:1.5 pada tahun 2010 dan merapatkan jurang perbezaan antara luar bandar dengan bandar daripada 1:2.11 pada tahun 2004 kepada 1.2 pada 2010?" soal beliau.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.