Tol: Kjaan, rakyat berkongsi beban, kata PM
Kerajaan terpaksa meluluskan kenaikan tol bagi mengelak beban yang terpaksa ditanggung bagi membayar perbelanjaan konsesi membina lebuhraya di seluruh negara.
Kerajaan terpaksa meluluskan kenaikan tol bagi mengelak beban yang terpaksa ditanggung bagi membayar perbelanjaan konsesi membina lebuhraya di seluruh negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, mekanisme yang digunakan ialah kerajaan dan rakyat sama-sama menanggung beban kenaikan tol.
"Kaedah yang kita guna ialah kerajaan bayar separuh, rakyat bayar separuh...sama-sama bertanggungjawab dan kerajaan menanggung RM2.6 bilion setahun.
"Apa yang menjadi masalah ialah perkiraan yang dibuat dalam kenaikan tol pada waktu itu, tetapi perjanjian tersebut perlu dipatuhi," katanya selepas merasmikan perhimpunan agung Parti Progresif Rakyat (PPP) di ibu negara hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan akan memansuhkan kutipan tol apabila perjanjian dengan konsesi berakhir
Perdana Menteri berkata, kerajaan membina lebuhraya bukan sahaja untuk mengatasi kesesakan lalulintas tetapi juga untuk memajukan kawasan setempat.
Sumbangan lebuhraya
Katanya, banyak kawasan ekonomi baru muncul dan ini memberi sumbangan besar kepada kepesatan pembangunan di kawasan terbabit.
"Harga tanah juga meningkat, banyak kilang dibina dan memberi pekerjaan kepada penduduk tempatan," katanya.
Dalam ucapan perasmiannya, Abdullah juga berkata, berkata, kerajaan telah meluluskan akta yang melarang orang ramai membuat ucapan yang menghasut kerana ia boleh menimbulkan suasana tidak harmoni dalam negara.
Malah, katanya, ahli Parlimen juga tertakluk kepada akta tersebut yang diluluskan oleh Dewan Rakyat baru-baru ini.
Beliau berkata, dalam masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia, adakalanya secara tidak sengaja di mana satu kaum menyentuh kaum lain.
"Jadi saya meminta pemimpin-pemimpin parti politik Barisan Nasional (BN) mengekang tindakan sedemikan rupa kerana ia membahayakan negara," katanya.

