Mahkamah tangguh kes mualaf tuntut keluar Islam
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) hari ini menangguhkan perbicaraan melibatkan tuntutan seorang mualaf untuk keluar daripada agama Islam.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) hari ini menangguhkan perbicaraan melibatkan tuntutan seorang mualaf untuk keluar daripada agama Islam.
Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim menetapkan 8 Mac untuk sebutan bagi membolehkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), selaku defendan, memfailkan jawapan kepada afidavit jawapan Siti Fatimah Rajamanickam, 36.
Menerusi afidavit jawapan Siti Fatimah pada 6 November tahun lalu, dia mendakwa permohonan MAIWP untuk membatalkan tuntutannya kerana mahkamah sivil tidak mempunyai bidangkuasa adalah cacat dan perlu ditolak dengan kos memandangkan permohonan itu tidak menyatakan subseksyen di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 yang dipakai.
Menurut laporan Bernama, pada 1 Oktober 2004, Siti Fatimah yang sebelum ini pernah beragama Hindu, memfailkan pernyataan tuntutan untuk menolak agama Islam dan menggantikan nama Islamnya dengan nama Vijaya Letchumy a/p Rajamanickam.
Dia juga memohon deklarasi bahawa dia mempunyai hak yang dijamin menerusi peruntukan Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan untuk menolak agama Islam.
Siti Fatimah turut menuntut deklarasi bahawa dia tidak terikat untuk memohon ke Mahkamah Syariah ataupun badan berkuasa lain untuk menolak agama Islam dengan berpandukan artikel yang sama.
Dia juga memohon suatu deklarasi bahawa keperluan untuk memohon kepada Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan sebelum menolak agama Islam adalah tidak selari dengan Artikel 5(1), 8(1) dan 74 Perlembagaan Persekutuan.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.