Kira-kira 600 umat Islam berpiket di kedutaan British dan AS
Kira-kira 600 umat Islam berpiket secara aman kerana membantah tindakan kerajaan Britain menganugerahkan gelasan 'Sir' kepada Salma Rushdie dan campurtangan Amerika Syarikat di kerajaan Palestin.
Kira-kira 600 umat Islam berpiket secara aman kerana membantah tindakan kerajaan Britain menganugerahkan gelasan 'Sir' kepada Salma Rushdie dan campurtangan Amerika Syarikat di kerajaan Palestin.
Piket anjuran Dewan Pemuda PAS itu diadakan di perkarangan kedutaan British dan Amerika Syarikat di ibunegara petang tadi. Piket itu bermula di kedutaan British di Jalan Ampang selepas solat Jumaat kira-kira jam 2.15 petang selama sejam.
Kemudian mereka berarak sejauh kira-kira 400 meter menuju ke kedutaan Ameriika di Jalan Tun Razak.
Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mengetuai piket itu yang berlangsung selama hampir satu jam dan turut dihadiri oleh pelajar universiti tempatan.
Mereka membawa pelbagai sepanduk dan kain rentang yang mengutuk kedua-dua negara tersebut dan diiringi laungan `Allahu Akhbar."
Kira-kira 100 anggota polis berkawal untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, manakala polis trafik mengawal lalulintas di kedua-dua laluan jalan di situ.
Salahuddin yang ditemui selepas piket tersebut berkata, beliau kecewa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar kerana tidak melakukan sesuatu sebagai membantah campurtangan Amerika itu.
"Abdulah sebagai Pengerusi Pertubuhan Negara-negara Islam (IOC) hanya membisu. Begitu juga dengan negara Islam lain, umat Islam disembelih tetapi tidak ada orang yang membela," katanya.
Salahuddin berkata, umat Islam tidak boleh mendiamkan diri berhubung kedua-dua isu tersebut tetapi sebaliknya perlu mengambil langkah susulan untuk menanganinya.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.