Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum berkata pihaknya telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi membolehkan siasatan dijalankan berhubung dakwaan kes rasuah yang melibatkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau menegaskan demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

"Perkara ini di bawah Ordinan Pencegahan dan saya telah berhubung dengan pihak Bukit Aman untuk mendapatkan penjelasan lanjut," kata Johari (foto).

Musa (kiri) dikatakan terbabit menerima suapan sebanyak RM2.1 juta bagi melepaskan sekumpulan gengster, demikian menurut laporan Bernama.

Terdahulu, semasa menjawab soalan asal Salahuddin mengenai usaha membendung peningkatan jenayah di negara ini, Mohd Johari berkata Polis

Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa mengadakan rondaan dan operasi terancang dan bersepadu.

Katanya PDRM mengadakan beberapa operasi khas seperti Ops Rantau (berhubung dengan Pendatang Asing Tanpa Izin), Ops Scorpion (kes

penculikan), Ops Noda (maksiat dan pelacuran) dan Ops Dadu (perjudian).

Pengarah JSJ

Selain itu, turut dilakukan ialah Ops Cantas (kongsi gelap), Ops Kargo (kes samun gudang dan lori), Ops Laras (seludup senjata api) dan Ops Api

(kes samun bersenjata api).

Johari juga memberitahu dewan bahawa Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Christopher Wan Soo Kee (kanan) secepat mungkin bagi memberi penjelasan berhubung kenyataannya mengenai kemungkinan hasil penyeludupan kereta mewah digunakan untuk membiayai kegiatan pengganas.

"Saya akan memanggil beliau untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan yang dikeluarkan," katanya semasa menjawab soalan tambahan Datuk

Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan).

Dalam laporan akhbar hari ini, Wan dipetik sebagai berkata polis sedang menyiasat kemungkinan penyeludupan kereta mewah yang dicuri di negara ini

didalangi sindiket tertentu yang menggunakan hasilnya untuk membiayai kegiatan pengganas.

Pengarah JSJ itu berkata, sejak Januari lalu, kadar kecurian kereta meningkat 11.5 peratus yang membabitkan kerugian hampir RM1 bilion, satu jumlah

cukup besar bagi menampung kegiatan jenayah, termasuk aktiviti pengganas.