Mahkamah Syariah tungguh permohonan mualaf keluar Islam
Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang hari ini menangguhkan keputusan sehingga 3 Disember ini berhubung permohonan seorang mualaf wanita, Siti Fatimah Tan Abdullah untuk mendapat pengisytiharan keluar daripada agama Islam.
Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang hari ini menangguhkan keputusan sehingga 3 Disember ini berhubung permohonan seorang mualaf wanita, Siti Fatimah Tan Abdullah untuk mendapat pengisytiharan keluar daripada agama Islam.
Mahkamah membuat keputusan itu bagi membolehkan Siti Fatimah dirujuk kepada Unit Ukhuwah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIP) untuk tindakan lanjut seperti memberikan bimbingan atau kaunseling kepada plaintif, demikian menurut laporan Bernama.
"Keputusan ditangguhkan untuk beri arahan selanjutnya untuk merujuk plaintif kepada Unit Ukhuwah JAIP untuk kaunseling dan menyerahkan laporan berkenaan dalam tempoh tiga bulan," kata Hakim Othman Ibrahim.
Siti Fatimah atau nama asalnya Tan Ean Huang, 38, memfailkan permohonannya terhadap Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIP) pada 10 Julai tahun lalu.
Fatimah yang berasal dari Nibong Tebal dalam afidavitnya memohon keluar daripada Islam kerana beliau tidak pernah mengamalkan ajaran Islam sejak dia memeluk Islam pada Julai 1998.
Dalam tuntutan plaintif, dia mendakwa tidak pernah yakin dengan ajaran Islam dan hanya memeluk agama itu bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki Iran bernama Ferdoun Ashanian.
Siti Fatimah memeluk agama Islam pada 25 Julai 1998 dan berkahwin dengan Ferdoun pada 16 September 2004.
Dia memfailkan permohonan tersebut selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab.
Dalam tuntutannya, Siti Fatimah mendakwa sepanjang tempoh dia memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala mengikut ajaran agama asalnya, Buddha dan memakan daging khinzir.
Plaintif diwakili peguam Ahmad Jailani Abdul Ghani dan MAIP diwakili peguam Ahmad Munawir Abdul Aziz.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.