Kabinet tidak terima pemohonan maaf Namewee
Ogos 16, 07 8:07pm
Kabinet tidak menerima pemohonan maaf Wee Men Chee berhubung lau Negarakuku, yang dianggap telah menghina negara.

Wee, 24, mencetuskan kontroversi dan menjadi sasaran kritikan apabila dia mengubahsuai lagu Negaraku dan menyanyikannya dalam rentak rap menggunakan bahasa lucah dan kasar dalam klip video selama lima minit 32 saat yang disiarkan menerusi sebuah lamanweb baru-baru ini.

Dua hari lalu dia dilaporkan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia melalui Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang juga Naib Presiden MCA.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, kabinet tidak boleh memutuskan untuk memaafkannya dan Pejabat Peguam Negara akan membuat keputusan sama ada untuk mendakwa Wee atau tidak.

Katanya, Wee telah melakukan kesalahan terhadap negara dan tiada siapapun - kabinet atau parti-parti politik - dalam kedudukan untuk "memaafkannya", demikian beliau dipetik dalam laporan the Star hari ini.

Nazri berkata, jika Wee telah melakukan kesalahan, maka "kita mesti menyerahkan kepada Peguam Negara untuk menyiasat dan memutuskan sama ada akan mendakwanya di mahkamah".

Wee yang menggunakan nama Namewee, telah menyiarkan musik video di mana dia menyanyi rentak rap mengenai isu-isu negara, dalam bahasa Mandarin dan Hokkien.

Akta Hasutan

Video itu yang disiarkan oleh YouTube.com, menerima ribuan komen, yang sebahagiannya menyifatkan video tersebut menghina Islam dan berbaur perkauman.

Ditanya sama ada Wee akan dipanggil pulang, Nazri berkata, Peguam Negara perlu menjalankan siasatan dan jika beliau memutuskan untuk mendakwanya, maka bila Wee pulang, dia akan menghadapi dakwaan tersebut.

Katanya, Wee boleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana dia menghina lambang negara.

“Kita tidak boleh jadi macam Barat di mana anda boleh memakai seluar dalam dengan corak the Union Jack. Di Britain, anda boleh menghina Permaisuri dan benderanya, saya tidak peduli, tetapi di negara ini, kita ada undang-undang dan kita tidak boleh ada 'precedent' (duluan) di mana apabila anda melakukan kesalahan, pohon maaf dan terlepas begitu sahaja," kata Nazri dalam laporan the Star.

Tambahnya, Wee bukan lagi anak-anak tetapi seorang dewasa yang berusia 24 tahun dan oleh itu, dia mesti bertanggungjawab di atas perbuatannya itu.

Katanya, ia bukan satu isu perkauman atau berbaur perkauman tetapi isu mengenai kepentingan negara. Berita asal
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner