Ibu tuntut hak wang insurans anak masuk Islam
M Rukumony, yang bekerja sebagai seorang tukang cuci, sedang berusaha untuk mendapatkan pampasan insurans ekoran kematian anak lelakinya. Anaknya itu telah memeluk Islm ketika di berkhidmat sebagai anggota tentera.
M Rukumony, yang bekerja sebagai seorang tukang cuci, sedang berusaha untuk mendapatkan pampasan insurans ekoran kematian anak lelakinya. Anaknya itu telah memeluk Islm ketika di berkhidmat sebagai anggota tentera.
Ekoran itu, Koperasi Angkatan Tentera (KAT) tidak mengiktiraf Rukumony, yang beragama Hindu, sebagai penama untuk menerima bayaran pampasan insurans itu.
Berikutan itu, Rukumony, 59, telah mengambil tindakan undang-undang bagi menuntut pampasan sebanyak RM56,300 yang telah diserahkan oleh koperasi tersebut kepada Amanah Raya Bhd.
Dalam afidavitnya, Rukumony mendakwa, anak lelakinya itu, E Ragu, telah menamakannya sebagai penama bagi skim insurans tersebut dan oleh itu, dia adalah berhak menerima pampasan tersebut.
Ragu meninggal dunia di Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur, pada 2 Ogos 2000. Surat kematiannya menyatakan dia meninggal dunia kerana meningitis.
Pengurus syarikat Insurans KAT, Mohd Zamani Abdullah - dalam afidavit jawapannya - telah menafikan yang Rukumony adalah "penama".
(Dalam borang insurans Ragu - yang diisi pada tahun 1996 - menunjukkan dia telah menamakan ibunya sebagai waris. Tetapi tidak ada kolum dalam borang itu bagi butiran penama).
Mohd Zamani berhujah bahawa Ragu telah memeluk Islam pada 31 Disember 1999 dan secara rasmi dikenali sebagai Mohamad Redzuan Abdullah Ellaiappan.
Dalam afidavit itu, Mohd Zamani berkata, oleh kerana Ragu telah memeluk Islam, maka (KAT) tidak pasti sama ada waris yang dinyatakan dalam borang insurans masih merupakan waris bagi harta (Ragu) mengikut undang-undang Syariah.
Mohd Zamani menjelaskan, oleh kerana tiada pihak yang dilantik untuk menguruskan harta peninggalan Ragu, maka wang pampasan insurans tersebut telah diserahkan kepada Amanah Raya Bhd.
Tandatangani wasiat
Peguam Rukumony - Darshan Singh Khaira dan Wong Hon Wai - berhujah kepada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bahawa Ragu telah membuat wasiat pada 1 Februari 2000 yang menyatakan dia menyerahkan semua hak dan kepentingannya diserahkan kepada ibunya.
Ketika dihubungi, Darshan menegaskan bahawa wasiat itu dibuat sebelum Ragu memeluk Islam, maka oleh itu, undang-undang Syariah tidak mempunyai bidangkuasa terhadap -perkara tersebut.
Beliau berkata, hujahnya akan berasaskan kepada Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesaksamaan undang-undang bagi semua rakyat Malaysia.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWP), diwakili oleh Abdul Muiz Samsuri.
Kes tersebut akan didengar oleh Hakim Datuk John Louis O'Hara pada 27 November depan
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.