Benarkah lagu Seloka Cak Kun Cak nyanyian bersama Tan Sri SM Salim dan M Nasir kena gam kerana terlalu banyak menyebut perkataan 'bersih'?

Itulah yang sedang heboh diperkatakan oleh orang ramai dan menjadi perbincangan hangat di kalangan masyarakat siber.

Ini kerana lagu tersebut sering diputarkan ke udara tetapi sejak akhir-akhir ini, ia tidak kedengaran lagi, sehingga menimbulkan persoalan di kalangan orang ramai.

Pada 10 November lalu, Bersih atau Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil telah menganjurkan perhimpunan di ibunegara.

Bersih merupakan gabungan parti-parti pembangkang dan lebih 60 badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia.

Kira-kira 40,000 orang berhimpun di Istana Negara di mana delegasi Bersih telah menyerahkan memorandum kepada wakil Yang di-Pertuan Agong, menuntut supaya diadakan pilihanraya yang bersih dan adil.

Delegasi tersebut diketuai oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Turut mengiringi beliau menyerahkan memorandum tersebut adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang dari DAP.

Lagi tersebut ciptaan M Nasir, dengan senikatanya ditulis oleh Seth.

Bahagian yang dikatakan tidak senangi itu ialah bahagian korus lagu tersebut yang berbunyi:

Kulitnya bersih, hatipun bersih

Budi yang baik hatinya pengasih

kulitnya bersih, hatipun bersih

memikul belati tiada yang memilih

Jadikan bersih, hatipun putih

Berkata benar bermulut fasih

Jadikan bersih, hatipun putih

Biarlah khazanah pintu terpilih

Secara keseluruhannya, lagu tersebut menceritakan sejarah kegemilangan orang Melayu pada suatu ketika dahulu.

Ketika itu, orang Melayu termasyhur serata alam, hidup mewah, gagah serta menjadi sebuah bangsa yang keras semangat

Bagaimanapun, kerana kelekaan mereka hampir kehilangan semua itu, sedangkan orang yang bertandang kuat bekerja dan beroleh keuntungannya.

Di bawah adalah senikata penuh lagu Seloka Cak Kun Cak

Satu masa yang telah silam

Tak dapat diambil kembali

Melayu masyhur serata alam

Hidup mewah gagah sekali

Pahlawan kita ramai terbilang

Ditakuti ramai perwira

Melawan musuh tak terbilang

Keras semangat kerana bangsa

Gerak semangat kerana bangsa

Dialog itu orang dulu, berani rajin

Kelekaan jangan dikenang

Lautan juga kelak direnang

hampir tinggal sehelai benang

bencana sengaja dipinang

jika perhati bangsa dagang

kapak beliong,di tangan memegang

kekayaan hendaklah diregang

akhirnya saudagar pangkat dijulang

korus

Disulami syair termasyhur

usahlah berdengkur

Kita jua yang bertafakur

Yang mana khilaf tegur menegur

laallalala

kulitnya bersih, hatipun bersih

budi yang baik hatinya pengasih

kulitnya besih, hatipun bersih

memikul belati tiada yang memilih

Jadikan besih, hatipun putih

Berkata benar bermulut fasih

Jadikan bersih, hatipun putih

Biarlah khazanah pintu terpilih

hohoohoh

Awak yang payah membelah ruyung

Orang bertandang yang beroleh untung

Akhirnya kita tak akan dihitung