Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Berasaskan kepada sambutan pengundi terhadap parti tersebut kali ini, PAS Kedah yakin bukan sahaja mampu mempertahankan lima kerusi negeri yang diwakilinya sekarang, tetapi juga berpeluang memenangi beberapa kerusi lagi 8 Mac ini.

amiruddin hamzah Pemimpin PAS Kedah, Amiruddin Hamzah yang juga penyandang kerusi negeri Anak Bukit berkata penilaian pihaknya mendapat pengundi terus menyokong parti tersebut.

"Kita juga mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat Cina dan India. Mereka minta kita mengadakan program. Kita akan dapat undi mereka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Sehingga ini, penilaiannya ialah prestasi kita kali ini akan lebih baik daripad 2004. Saya tidak mahu terlalu optimistik tetapi Insya-Allah kita mampu mengekalkan kerusi kita serta menambah kerusi baru," kata Amiruddin.

giant flag pas010308 Selain kerusi negeri Anak Bukit, PAS memenangi empat lagi kerusi negeri dalam 2004, iaitu Tokai, Belantek, Sungai Limau dan Bukit Pinang.

Amiruddin berkata, Tokai dan Sungai Limau merupakan kubu kuat PAS dan parti itu yakin mampu mempertahankannya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya perlu bekerja lebih kuat di kerusi Bukit Pinang dan Belantek kerana ada pertambahan pengundi baru, terutama pengundi pos.

Undi pos

"Undi pos tidak telus, kita sendiri tidak dapat menyaksikannya...(selama ini) undi pos merupakan talian hayat bagi BN.

"Insya-Allah kita akan mampu mengekalkan kelima-lima kerusi PAS sekarang," kata Amiruddin.

Di samping itu, tambah beliau, terdapat juga faktor-faktor lain yang memperlihatkan perkembangan yang baik untuk partinya.

"Bila perdana menteri datang (ke Kedah), diikuti oleh timbalan perdana menteri, maka tentunya adalah laporan atau risikan yang kurang menyenangkan BN, khususnya Umno," kata beliau.

Katanya, kerusi-kerusi lain yang mampu dimenangi PAS ialah Ayer Hitam, Kota Seputeh, Alor Mengkudu, Pengkalan Kundur, Kubang Rotan, Kuala Ketil dan Bayu.

Rakan pembangkang

pkr flag alor star 010308 "Kita harap prestasi rakan pembangkang kita dari PKR kali ini lebih baik dari dulu seperti di kerusi seperti Lunas yang pernah kita menang dulu, Bakar Arang, Sidam, di mana terdapat ramai pengundi Cina. Tengok trend, mereka dalam keadaan yang baik," katanya.

Mengenai tanggapan sesetengah pihak bahawa pilihanraya awam ke-12 kali ini turut mengembalikan suasana pilihanraya umum 1999, Amiruddin berkata:

"Bezanya isu-isu pada tahun 1999 adalah mengenai seorang individu, tetapi kali ini ia membabitkan ramai orang terjejas ekoran kenaikan harga barang.

"Jadi gelombangnya membabitkan hampir ke seluruh rakyat. Dulu tertumpu kepada seseorang individu yang dianiaya dan sebagainya."

Sekarang, katanya, isu-isu yang dibangkitkan membabitkan semua orang - sama ada anda orang PKR, Umno atau PAS.

Amiruddin berkata, PAS berharap untuk mencatatkan kemenangan yang lebih besar daripada 1999 apabila pengundi meluahkan rasa ketidakpuasan mereka melalui peti undi.

ADS