Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KSN: Jawab 'anak muda tak berguna'
Diterbitkan:  Apr 3, 2008 11:43 PM
Dikemaskini: Apr 4, 2008 3:15 AM

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini mengingatkan kakitangan awam agar memberikan respon kepada suara golongan muda di internet.

Tambahnya, tanggapan bahawa media alternatif dikaitkan dengan "orang muda yang tidak berguna" tidak sesuai lagi kini kerana umur bukanlah faktor.

"Masa sudah berlalu apabila pegawai awam boleh memilih untuk mengabaikan media, aduan, telefon berbunyi atau surat kepada editor," beliau dipetik sebagau berkata pada majlis ucapan makan tengah hari bertajuk "Cabaran Perniagaan Kompetitif Malaysia Dalam Ekonomi Global".

Sementara itu, menurut Bernama lagi, Kementerian Penerangan mewujudkan satu segmen khas berita setiap Ahad bagi membenarkan penulis-penulis blog menyalurkan pendapat mengenai pelbagai isu secara langsung di televisyen.

Menterinya Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata program itu akan berlangsung selama 20 minit dan bermula 20 April ini menerusi RTM 1.

Beliau berkata langkah terbaru itu membuktikan keterbukaan kerajaan dalam berurusan dengan media alternatif.

ADS