Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Setinggan: Menunggu janji MB S'gor
Diterbitkan:  Apr 7, 2008 8:55 PM
Dikemaskini: 5:29 PM

Sebuah badan pejuang nasib setinggan masih menunggu janji menteri besar Selangor untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan pelbagai masalah.

Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas) menuntut janji Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dibuat setiausaha politiknya Nik Nazmi Nik Ahmad dua minggu lalu.

Presiden Permas, Tan Jo Hann, berkata persatuan itu telah menyediakan kertas cadangan bagi memudahkan kerjasama kumpulan NGO dengan kerajaan bagi menangani masalah peneroka bandar dan golongan miskin kota di negeri itu.

"Bersandarkan pengalami selama 20 tahun menangani masalah perumahan untuk golongan miskin bandar, Permas sedia membangkitkan pencabulan nyata hak-hak asasi dan ketidakadilan ketara angkara pemaju-pemaju tamak yang mendapat kerjasama pegawai-pegawai pihak berkuasa tempatan, dan malah wakil-wakil DUN dan ahli parlimen," katanya.

Permas juga mengalu-alukan jaminan pemimpin kanan PKR Azmin Ali, yang juga wakil rakyat Bukit Antarbangsa, bahawa Selangor - yang kini dipimpin parti itu bersama DAP dan PAS - bersedia memberikan hak milik tanah kepada peneroka bandar yang memajukan tanah kerajaan.

Tan juga menyokong pendirian kerajaan negeri bahawa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) harus menyerahkan hak milik rumah pangsa melalui perjanjian jual beli selepas tinggal selama beberapa dekad.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS